Sunday 28 April 2013

cuti sem diisi dengan perkara berfaedah

Assalamualaikum wahai sahabat semua . cuti sem lagi 2 hari . bersiap sedai untuk balik . tak sabar nak tunggu ibu dengan ayah datang ambil . barang2 semua dah settle , oke . banyak barang yang dah dikemas dengan rapinya . masanya untuk bercuti tak lama lagi , tapi bukannya cuti 2bulan pun . perkara berfaedah yang di isi ialah ... jeng jeng jeng . HAHA budget suspen je kan . get ready nak pergi rekrut untuk Rejimen Askar Wataniah sebenarnya . untuk Rejimen513 .tak sabar nak dapat pangkat Prebet . sebenarnya memang tulah cita-cita dan impian aku pun sebenarnya . tak dapat jadi tentera , nak jadi tentera laut . kalau nak dapat kan kerja tu aku boleh je sebenarnya sebab ada ramai orang dalam . pakcik pun pegawai besar , tapi tak nak lah nak harapkan bantuan orang semata-mata . nak lah dapatkan dari hasil titik peluh sendiri kan . mula dari bawah itu lebih baik .mula-mula PJM , lepas pergi kem untuk rekrut dapat Prebet pula .insyaAllah , tak sabarnya lahai .lepas Prebet LKopral lepas tu Koperal . huishh (Koperal Zufeeqa? awesome sangat) HAHA :D tapi nak buat macam mana kan . orang tersayang bukannya bagi sangat pilih kerjaya ni ,biarlah berkhidmat untuk poli selama 5tahun je . lepas dari tu pilih lah kerjaya diploma balik (Diploma In Programming)
        Demi awak saya ikutkan je :) tak apa tak kisah , kalau saya nak awak jadi suami saya, saya mestilah kene ikut apa yang awak suruhkan ? dari sekarang lah kena belajar ikut cakap awak .tak salah nak buat macam tu pun . So , buat kali keduanya untuk cuti sem diisi dengan kem wataniah selama 1bulan (kena lah bersabar)
kerja tetap kerja

hati dimiliki .. perasaan sayang dibalas ..

Assalamualaikum . perasaan sayang ? semua orang akan rasa benda yang sama kalau dah jumpa orang yang kita suka atau sayang kan ?macam tu juga lah aku rasa sekarang . sangat banyak perbezaan couple dengan yang dulu dengan yang sekarang .mungkin bezanya dia ajar aku erti sebenar kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan . mungkin betul orang kata susah nak cari lelaki yang betul2 sayang dan jujur dalam percintaan . tapi sekarang aku nak menafikan semua kenyataan tu . masih ada lagi sebenarnya lelaki yang jujur dan setia , kita orang perempuan ni kena sabar dan pandai memilih pasangan hidup. yang nak sara hidup kita nanti lelaki ,bukan kita yang kena sara hidup lelaki . yang perempuan pun jangan fikiran tu cetek sangat, mentang2 lelaki yang sara kita, kita boleh suka-suka nak buat endah tak endah dengan masa depan kita .andai kata lah satu hari nanti suami kita ceraikan kita, apa yang kita ada kalau kita nie pelajaran pun tak ada ?perancangan masa depan pun tak ada ?haaa ... (kita kena fikir dulu sebelum nak buat apa-apa tu) fikir2kan lah ye wahai kaum hawa semua. at least kalau kita dah ada perancangan masa depan , kita ada pelajaran , kerja pun ada, rumah dengan kereta pun kita mampu nak beli , tak payah nak harapkan sangat duit suami . berbalik pada motif utamanya di sini , perbezaan dulu dengan sekarang sangat berbeza . kalau dulu couple, nak keluar dengan sape2 pun pasangan dulu tak kisah .tapi sekarang? sayang aku kisah . tak apa, sayang tak akan buat benda yang sama dah .cinta sayang untuk abang je taw :') 
      Dulu mungkin couple tak serius , tapi sekarang nak serius .kalau boleh sampai nak berumah tangga . bila dah dapat orang yang matang dari kita .kita kena ikut matang sekali . tak apa , masih belajar untuk menjadi lebih matang. sayang try masuk dunia abang , tapi kalau boleh abang kena masuk dalam dunia sayang juga (tapi tak semua lah abang nak kena masuk kan) tak apa lah , yang penting sama-sama jaga hubungan ni .sayang nak serius dengan abang sekarang ni .biarlah abang orang yang pertama dan terakhir lelaki dalam hidup sayang .tak ada lelaki lain lagi dah dalam hidup ni . for the last writing , i wanna say 'I love You' hehe :)

saat-saat nak tamat semester 3 ~

                          berjalan-jalan dekat area Perlis :)
Assalamualaikum bloggers :) hari ini aku nak meluahkanlah perasaan gembira lagi excited nie kan . macam tak sabar2 je nak habis sem3 . dah nak habis sem3 nie apa lagi berjalan je lah sampai lebam .Haha . btw get ready for practical kawan-kawan kelas DIP3B . buat yang terbaik aje lah  untuk practical dekat tempat masing2 .dapatkan result yang terbaik , jangan nak suka2 je ye walaupun practical , kita dalam latihan lagi. be serious ! nnt pakwe  aku fahrin ahmad (encik wan) nak datang cek korang punye practical .HAHA :D buat yang terbaik (untuk aku juga sebenarnya nasihat nie) . kita akan jumpa lagi bulan disember 2013 nie oke :)