Tuesday, 30 July 2013

ulang tahun

Assalamualaikum ..
Ulang tahun ? Mesti semua orang celebrate  ulang tahun masing-masing meriah2 meletop meletop belaka kan ? Berbeza pula dengan aku kan , setiap tahun mana ada nak sambut ulang tahun meriah-meriah ,orang bagi hadiah ,kalau setakat masa zaman kecil2 tu ada lah dapat mainan .Kalau dah besar gedabak ni nak dapat hadiah macam tu ? hmm =.='' .. Hadiah paling bermakna pun ucapan selamat ulang tahun . it's oke , never mind , sangat dihargai :) Tapi kenapa setiap kali nak tibanya hari ulang tahun tu tak ada yang hari indah lagi bahagia datang ? Mesti akan ada malapetaka or whatever yang datang . Paling ingat ,2010 masa hari lahir bergaduh teruk dengan kawan baik sendiri ,kalau dah macam tu mana nak ada mood untuk celebrate .simpan je kek tu bagi orang lain makan . 2011 haa , hari lahir yang ingat ada sedara meninggal lah , accident lah , keadaan jadi kelam kabut semua jadi serba tak kena .Buat itu tak kena , buat ini tak kena . Semuanya serba tak kena . lagi tahun yang tak ada mood untuk celebrate ,simpan je ucapan ulang tahun tu , tak ada apa2 makna dah . 2012 tahun yang jauh dengan family ,sape nak sambut jauh2 ? ucapan je dapatlah bagi .kawan-kawan ?tak ada nak buat pun .tak tahu lah apa sebabnya tak sambut , lupa ke , buat-buat lupa ke, or whatever lah . tak ada sebarang sambutan pun dibuat hanya UCAPAN , yess memang bersyukur ada yang ingat . terima kasih sangat-sangat .Tapi rasa macam tak ada kemeriahan hari lahir sendiri .last-last diri sendiri solat syukur dipanjangkan umur .Cukuplah yang tu . and the last year .. 2013 ? as usually, belum nak sampai hari lahir macam-macam dah jadi ,ada bf pun ? hmm .. pandai-pandailah fikir .selalu nak bergaduh , apa benda tu ?? belum tiba hari lahirnya nanti .entah-entah macam-macam benda tak elok jadi .tak apa kita tunggu je lah beberapa hari lagi . ada semeriah sebelum-sebelum ni atau makin teruk daripada sebelum-sebelum ni ? Tunggu saje lah .Penat dah , fed up.Allah tu sayangkan lagi hambaNya yang bermasalah lagi bodoh ni .nak buat apa lagi ?Doa yang terbaik je lah boleh hulur untuk orang keliling dan diri sendiri . Teringin sangat nak orang buat surprise bagi kek, itu pun dah cukup :)

    Walalhualam.. nauzubillah ada ayat yang kurang elok untuk dikeluarkan sebenarnya . Fikir untuk nak buat yang terbaik je lah untuk diri sendiri .
Assalmualaikum . LaTahzan ~

Monday, 29 July 2013

luahan hati

Assalamualaikum .. mungkin ini tempat yang sesuai untuk nak meluahkan perasaan .So ni lah masanya untuk aku meluahkan .Aku tahu semua orang tak sempurna dalam dunia ni , setiap orang akan ada buat salah dan silap yang sama. Fikir logik kenapa perkara siBodoh ni buat benda yang sama ? Sebab .. dia tak MATANG .baru 20tahun kan .Biasalah , akal pun tak panjang .Bak kata siMatang "jangan jadi bodoh, dan jangan tunjukkan sangat kebodohan tu" takpe sabar lagi , sebab siBodoh tu tahu salah siBodoh .siBodoh tetap buat benda yang sama, bagi siMatang siBodoh ni tak ambil serius .       Macam mana nak ambil serius kalau siBodoh tu sememangnya belum nak matang .Kalau kau nak siBodoh ni matang sabarlah , bagilah masa .ya memang perempuan lebih cepat matang daripada lelaki , tapi lain orang dan hormon lain jangka matang seseorang .Ingat tu !! ada orang matang 12tahun, ada orang matang 24, ada orang matang 16 tahun, kadang-kadang 30 pun ada yang baru boleh berfikir matang . Standard lah tu , jangan nak samakan tahap kematangan siBodoh ni dengan tahap kematangan siMatang ni ye siMatang ?? Nak tahu kenapa siBodoh ni buat benda yang sama ? Nak tahu kenapa siBodoh ni tak matang ? Sebab .. belum masanya untuk dia matang lagi ,memang betul sesuatu perkara tu boleh diasah dari awal, tapi kalau belum tiba masanya untuk matang memang lambat untuk dia belajar , tapi InsyaAllah suatu hari nanti siBodoh ni boleh jadi lebih matang daripada apa yang siMatang ni nak sebenarnya .SABAR ! benda baru 3-4 bulan .       Setiap perkara yang siMatang ni suruh siBodoh buat semua siBodoh dah buat , tak nampak ke yang siBodoh ni cuba untuk belajar ? walaupun ada yang siBodoh cuba buat untuk ubah diri, tapi kadang2 siBodoh ni terlepas pandang lagi ,maklumlah belum matang lagi kan .. jangan jadi buta tuli walaupun jauh .Cuba nampak baik siBodoh nie, kadang-kadang siBodoh ni rasa betul2 bodoh ke dia ? Jahat ke dia ? Tak ada benda baik ke yang dia dah buat ? siBodoh ni dah cuba ikut rentak siMatang ni, apa siMatang ni nak ?Rasanya semua dah buat (tapi adalah perkara yang siBodoh ni lupa dan terlepas pandang nak buat, kalau yang itu maaf) .. siBodoh ni nampak keburukan siMatang ni , tapi siBodoh ni tak nak buat teruk sangat. Hanya fikir mungkin itu perkara yang dia lepas pandang .Selalu fikir perkara baik yang siMatang ni buat untuk siBodoh .     Kadang2 sakit hati bila kena maki "BODOH, BANGANG, LANCAU, BABI" bla bla bla :'( apa benda tu ? tapi tak apa, siBodoh dah biasa dapat "doa" macam tu , baik dekat rumah ,dekat luar , orang tersayang .Tak apa , siBodoh anggap itu 1 Doa untuk mereka diluar sana . siBodoh akan berdoa 1 hari nanti "doa" yang mereka lemparkan untuk siBodoh akan kena dekat mereka diluar sana tu balik .Sekarang siBodoh dah nampak dah "doa" mereka yang men"doa" kan pada siBodoh tu dah sampai .See ~ sekarang mereka yang "doa" kan siBodoh dah dapat hasilnya .siBodoh hanya mampu senyum dan tergelak dari belakang je :) Sekarang nasib kau lah ,dah jadi macam ni tak dapat fikir juga memang terserlah bodoh kau dah melekat (oke itu cerita lain) ..     (Berbalik pada cerita asal) siBodoh ni faham dan tahu setiap perkara muncul dan punca daripada siBodoh ni, sebab apa ? Sebab siBodoh ni belum matang lah .Sebab tu lah bagilah ruang dan masa untuk siBodoh ni jadi matang, belajar perkara yang ada dekat dunia ni .itu perlunya siMatang untuk bagi semangat untuk siBodoh bukan maki hamun .Encik Matang .. awak tu terlalu matang sangat sampai awak tu nak orang matang macam awak sekarang .mungkin betul awak baya-baya siBodoh ni dulu awak dah matang . itu lah apa yang disampaikan tadi ,lain orang, lain hormon lain usia matangnya .dah Encik Matang nak matang awal , itu sudah hormon encik matang sendiri .jangan nak samakan dengan orang lain .   Kadang-kadang siBodoh ni dah penat nak bergaduh dengan siMatang , fikir masak-masak dah .apa nak jadi lepas ni jadilah .BERSERAH !! kalau Allah kata nak jadi, jadilah . kalau Allah kata tak jadi , tak jadi lah .. kalau siMatang rasa siBodoh ni hanya beban pada siMatang suatu hari nanti , bagi tahulah . jangan mainkan hati siBodoh , sebab siBodoh ni bodoh tak tahu apa-apa .kalau rasa dah tak tahan dengan perangai  siBodoh, dengan sikap siBodoh dan tak sabar nak menunggu kematangan siBodoh ni bagi tahulah .kalau siMatang nak siBodoh lepaskan bagi tahu .siBodoh dah tak larat dan penat nak merayu macam orang bodoh .walaupun sakit ,sebabkan sayang ni adalah siBodoh tak akan keluarkan perkataan tu sebab siBodoh tahu nanti siBodoh akan menyesal lepaskan lelaki sebaik siMatang .siBodoh nak berterima kaih sangat sebab siMatang banyak mengajar dan beri nasihat pada siBodoh :'( tak ramai lelaki yang akan buat macam tu .siBodoh tahu siMatang serius dalam hubungan , siBodoh juga serius !! jangan fikir siMatang je, memang siMatang fikir siBodoh tak serius, sebab apa ? Sebab cara siBodoh yang tak matang ni yang buatkan siMatang nampak tak serius .Nak buat macam mana siBodoh memang macam ni, siMatang nak siBodoh terima dan ikut rentak siMatang tapi boleh tak cuba terima dan ikut rentak siBodoh sikit je .?    Rasanya kalau masing-masing faham dan terima baik buruk seseorang tu boleh bahagia hubungan tu .Dalam dunia ni tak ada perempuan yang akan tolak kebaikan lelaki macam siMatang ni .siMatang dah terlalu banyak sangat mengajar siBodoh, siBodoh dah belajar semua benda tu , tapi tinggal untuk siBodoh ni tunaikan dengan perbuatan je .Bersabarlah ye Encik Matang ,siBodoh minta siMatang bagi masa dan ruang untuk siBodoh menjadi yang terbaik untuk siMatang .kalau rasa dah tak boleh nak teruskan hubungan ni, bagi tahu, siBodoh tak nak hubungan ni berterusan sebab paksaan dan pujuk rayu siBodoh . Apa-apa pun fikir-fikirlah ,mungkin ni sahaja tempat untuk siBodoh meluahkan segalanya (mungkin ada yang tak terluah lagi) sebab siBodoh tak tahu nak explain kan macam mana lagi dah nak bagi siMatang faham isi hati ini .fikirlah ~ 


(mungkin siMatang akan marah siBodoh sebab update benda2 bodoh ni, jangan risau benda ni tak ramai yang boleh tengok.. dan jangan risau lepas siMatang baca, siBodoh akan delete)

yang ikhlas :

DaripadaSiBodohBuatYangTersayangSiMatang :)

Thursday, 4 July 2013

Bila siBangang tak dapat penuhi permintaan siMatang

Assalamualaikum..mungkin semua nak pasangan kita sikap matang kan?macam tu juga lah aku.Memandangkan umur aku pun baru nak masuk 20, jadi sifat kematangan tu jadi tak ada pada pandangan orang.Berterima kasih sebab ada yang sudi nak ajar aku untuk jadi lebih matang,oke .Thanks :) ~Tapi at least bagi lah budak yang tak matang nie nak belajar untuk jadi matang .Kena sabar lah, nak ajar org tak matng untuk jadi lebih matang ni biuukannya boleh nampak pada mata kasar macam tu je.Bila budak tak matang ni punya perangai memang macam ni dari dulu ,awak tu kena lah bersabar, Bila budak tak matang nie tak berubah lagi bagi lah semangat, Budak tak matang nie nak matang pun takut untuk nampak lebih dewasa.Orang lain boleh nampak dah kematangan budak tak matang nie.Nak tahu sebab apa awak tu tak boleh nak nampak kematang budak tak matang nie ?Sebab awak tu nak nampak sempurna je pada matang awak , sebab awak dah terlalu matang,bila apa je yang budak tak matang nie buat mesti akan ada je salah yang tak kena ,sebab apa ?Sebab awak dah terlalu matang tu yang awak nampak orang tak berapa nak matang nie matang.Cubalah bagi support sikit, janganlah bila orang tu buat benda salah sikit (walaupun pada mata awak tu salah) kena lah bg sokongan moral sikit. Janganlah nak orang tu ikut apa yang awak tu nak, kalau nak orang tu ikut apa awak nak ,boleh .. Tapi... bagi dia MASA dan PELUANG..budak tak matang tu nak berterima kasih dekat awak tu sebab banyak dah tolong dia .Pandai fikir sendiri amek lah .Haa it's oke , chaww cakap banyak pun dah tak guna kot sekarang nie ~

yang ikhlas :-)
BudakTakMatangLagiYangCubaNakJadiMatang

Monday, 1 July 2013

Sunday, 28 April 2013

cuti sem diisi dengan perkara berfaedah

Assalamualaikum wahai sahabat semua . cuti sem lagi 2 hari . bersiap sedai untuk balik . tak sabar nak tunggu ibu dengan ayah datang ambil . barang2 semua dah settle , oke . banyak barang yang dah dikemas dengan rapinya . masanya untuk bercuti tak lama lagi , tapi bukannya cuti 2bulan pun . perkara berfaedah yang di isi ialah ... jeng jeng jeng . HAHA budget suspen je kan . get ready nak pergi rekrut untuk Rejimen Askar Wataniah sebenarnya . untuk Rejimen513 .tak sabar nak dapat pangkat Prebet . sebenarnya memang tulah cita-cita dan impian aku pun sebenarnya . tak dapat jadi tentera , nak jadi tentera laut . kalau nak dapat kan kerja tu aku boleh je sebenarnya sebab ada ramai orang dalam . pakcik pun pegawai besar , tapi tak nak lah nak harapkan bantuan orang semata-mata . nak lah dapatkan dari hasil titik peluh sendiri kan . mula dari bawah itu lebih baik .mula-mula PJM , lepas pergi kem untuk rekrut dapat Prebet pula .insyaAllah , tak sabarnya lahai .lepas Prebet LKopral lepas tu Koperal . huishh (Koperal Zufeeqa? awesome sangat) HAHA :D tapi nak buat macam mana kan . orang tersayang bukannya bagi sangat pilih kerjaya ni ,biarlah berkhidmat untuk poli selama 5tahun je . lepas dari tu pilih lah kerjaya diploma balik (Diploma In Programming)
        Demi awak saya ikutkan je :) tak apa tak kisah , kalau saya nak awak jadi suami saya, saya mestilah kene ikut apa yang awak suruhkan ? dari sekarang lah kena belajar ikut cakap awak .tak salah nak buat macam tu pun . So , buat kali keduanya untuk cuti sem diisi dengan kem wataniah selama 1bulan (kena lah bersabar)
kerja tetap kerja

hati dimiliki .. perasaan sayang dibalas ..

Assalamualaikum . perasaan sayang ? semua orang akan rasa benda yang sama kalau dah jumpa orang yang kita suka atau sayang kan ?macam tu juga lah aku rasa sekarang . sangat banyak perbezaan couple dengan yang dulu dengan yang sekarang .mungkin bezanya dia ajar aku erti sebenar kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan . mungkin betul orang kata susah nak cari lelaki yang betul2 sayang dan jujur dalam percintaan . tapi sekarang aku nak menafikan semua kenyataan tu . masih ada lagi sebenarnya lelaki yang jujur dan setia , kita orang perempuan ni kena sabar dan pandai memilih pasangan hidup. yang nak sara hidup kita nanti lelaki ,bukan kita yang kena sara hidup lelaki . yang perempuan pun jangan fikiran tu cetek sangat, mentang2 lelaki yang sara kita, kita boleh suka-suka nak buat endah tak endah dengan masa depan kita .andai kata lah satu hari nanti suami kita ceraikan kita, apa yang kita ada kalau kita nie pelajaran pun tak ada ?perancangan masa depan pun tak ada ?haaa ... (kita kena fikir dulu sebelum nak buat apa-apa tu) fikir2kan lah ye wahai kaum hawa semua. at least kalau kita dah ada perancangan masa depan , kita ada pelajaran , kerja pun ada, rumah dengan kereta pun kita mampu nak beli , tak payah nak harapkan sangat duit suami . berbalik pada motif utamanya di sini , perbezaan dulu dengan sekarang sangat berbeza . kalau dulu couple, nak keluar dengan sape2 pun pasangan dulu tak kisah .tapi sekarang? sayang aku kisah . tak apa, sayang tak akan buat benda yang sama dah .cinta sayang untuk abang je taw :') 
      Dulu mungkin couple tak serius , tapi sekarang nak serius .kalau boleh sampai nak berumah tangga . bila dah dapat orang yang matang dari kita .kita kena ikut matang sekali . tak apa , masih belajar untuk menjadi lebih matang. sayang try masuk dunia abang , tapi kalau boleh abang kena masuk dalam dunia sayang juga (tapi tak semua lah abang nak kena masuk kan) tak apa lah , yang penting sama-sama jaga hubungan ni .sayang nak serius dengan abang sekarang ni .biarlah abang orang yang pertama dan terakhir lelaki dalam hidup sayang .tak ada lelaki lain lagi dah dalam hidup ni . for the last writing , i wanna say 'I love You' hehe :)

saat-saat nak tamat semester 3 ~

                          berjalan-jalan dekat area Perlis :)
Assalamualaikum bloggers :) hari ini aku nak meluahkanlah perasaan gembira lagi excited nie kan . macam tak sabar2 je nak habis sem3 . dah nak habis sem3 nie apa lagi berjalan je lah sampai lebam .Haha . btw get ready for practical kawan-kawan kelas DIP3B . buat yang terbaik aje lah  untuk practical dekat tempat masing2 .dapatkan result yang terbaik , jangan nak suka2 je ye walaupun practical , kita dalam latihan lagi. be serious ! nnt pakwe  aku fahrin ahmad (encik wan) nak datang cek korang punye practical .HAHA :D buat yang terbaik (untuk aku juga sebenarnya nasihat nie) . kita akan jumpa lagi bulan disember 2013 nie oke :) 

Friday, 8 June 2012

kisah duda anak 3 ^_^

assalamualaikum + anneyong hasayo + konichiwa + namaste = salam semuanya :)

cerita yang bermula pada perkenalan pertama disebuah latihan memandu **** , selepas berjaya ujian komputer maka maju ke depan untuk ke kelas untuk dengar ceramh 8jam tentang pemanduan motor dan kereta hehe seronok pulak rasanye nak dapat lesen kan .hbis je kelas tibalah masanye nak dapat guru untuk mengajar kereta maknaya guru memandu lahh tu :) cehh , nampak hensom , oke not bad juga . baru semangat rasanya nak bawa kereta gatalnye lahh .cikgu tu memperkenalkan dirinya ,
ENCIK AZ : saya cikgu AZ### , macam mana nak sebut nama awak nie ? belit pulak lidah saya .
SAYA : nama saya nurul zufeeqa :) senyumlahh dengan lebar nye hehe
ENCIK AZ : awak tinggal kat mana ?
SAYA : saya tinggal dekat bendahara .
ENCIK AZ : ohh , dekat dengan rumah saya , awak balik dengan saya lahh , tapi lambat sikit boleh ? boleh 
                    kenal2 dengan awak :) tapi tunggu dekat ruang menunggu ye
SAYA : (cehhh ! cikgu nie boleh tahan juga) oke (hanya tu je yang aku mampu cakap . sepatah ditanya sepatah lahh jawab .
  30min kenudian 
ENCIK AZ : feeqa . jom !
  oke , bangun dari kerusi masuk dalam kereta . macam2 soalan ditanya . jawab je lah dengan tenang .
ENCIK AZ : umur berapa ? keje ke ? dah kahwin ? (woooww kahwin ? nampak macam dah kahwin ke aku nie ?) 
SAYA : saya 19thun , ehh tak lahh saya belajar lagi , nampak macam dah kahwin ke saya nie ?
ENCIK AZ : ehh ta ada lahh , saya tanya je , mne lahh tau , budak2 sekarang 15tahun pon dah kahwin kan :)
(betul juga tu) nanti kalau nak pergi latihan awak call saya lahh ye . (baiklah cikgu)
  
  latihan kereta buat kali ke3 (bermakna 6jam dah lahh aku belajar kereta , tinggal 2jam lagi) nak balik hujan lebat , cikgu menawarkan diri untuk hantar aku balik . oke je , daripada naik van nanti membisu je . kalau naik kereta dengan cikgu boleh borak2 (ehh2 gatalnya) cikgu dengan baik hati nya memayungkan saya , wahh ! bangga , ada pulak suara cikgu2 dekat situ "aik , pengganti baru ke ? nampak sweet je kau" adehh ! malu tak terkata pula cikgu tu pon cakap "tak ada lahh , anak aku" wahh ! cikgu cakap aku anak dia ? hehe , dah ada ayah angkat pula aku nie o_O . dalam kereta cikgu selalu cerita pasal family dia , oke terkejut juga tau dia duda , anak 3 ? wahh ! tabik spring dekat cikgu sebab cikgu boleh jaga 3anak walaupun cikgu sorg je yang sara anak2 cikgu . kalau saya mesti tak mampu nak sara anak2 sorg diri tanpa suami tercinta HAHA :D congrate cikgu :) saya bangga dengan cikgu ^^ 

test JPJ mula dahh , bukit oke parking pula spoil ! hampehh betul . knp aku boleh lupa semua formula ? gila !! dapat JPJ yang handsome pon tak boleh na tolong sikit , huhh~ HAHA

parking FAILED !! terima kasih :)
gambar sekadar hiasan
bukit oke , BERJAYA! TAHNIAH :)

bila dah FAILED parking , maka kena lahh repeat test JPJ , duit pon keluar dari poket nak repeat test JPJ , duit ohh duit . melayang !! sayang !!
gambar sekadar hiasan
semuanya memerlukan DUIT !!

kali ke2 test JPJ , fuhh ! ibu dan adik2 teman saya test JPJ bg semangat . wahhh ! bangga :) dahh niat nie , kalau lulus je nak bg cikgu t-shirt belang2 sebab cikgu suka pakai baju belang2 , nampak muda sikit katanya :) HAHA ada2 je cikgu an *.O
AKHIRNYA ! aku dahh lulus ! terima kasih . TAHNIAH pada saya :) weeheeee . masa nye sudah tiba , 2hari kemudian cari baju untuk cikgu sbb cikgu penat ajar saya sebab saya lambat tangkap masa latihan dengan cikgu 8jam , sampai cikgu pon naik darah sekejap , cikgu pon minx maaf . tak apa cikgu , untuk pengajaran saya juga :') menangis lahh juga masa kene marah tu :) hehe 

bila tiba harinya nak hantar maklumat dekat rumah cikgu , hujan lebat pula basah lencun bawak motor ajak member teman , cikgu ta ada , so tggu lahh luar rumah dulu .20min kemudian cikgu sampai . wahh cuak nye rasa nak bg baju nie dekat cikgu . huhh ~ kuss semangat dupp dapp dupp dapp jantung . cehhh ! cikgu pon borak2 sekali dekat luar smentara nak tunggu hujan berhenti kan . aku pon bg lahh baju tu dekat cikgu . terima kasih kata nya . saya bg cikgu sebab cikgu dah ajar saya sampai saya lulus , dapat lesen P bangga tu :) hehe cikgu cakap nanti dah masuk belajar jangan lupa dekat saya pula ! insyaAllahh saya tak lupa dekat cikgu , sekarang pon saya masih ingat cikgu kan ? haaa kihkih ^^ 

gambar sekadar hiasan 
contoh baju yang saya bagi cikgu saya , lebih kurang mcm nie lahh . ada no27 dekat tepi tangan tu (kalau tak silap lahh) cikgu call saya baru2 nie , cikgu cakap ramai orang cakap cikgu lain bila pakai baju tu . wahh ! tu yang cikgu asik ingat saya tu . hehe tahniah , cikgu nampak muda lahh tu walaupun 40-an kan2 :) huhh~ cerita pasal cikgu je saya dah lenguh pinggang hadap blog nie . jaga diri ye cikgu (macam lahh cikgu baca blog aku nie kan) TC , TQ atas segala ilmu ^^

Thursday, 7 June 2012

bersantai saje ^^

koleksi gambar LATEST 
                                 alala along :)
                               renung masa depan . oke FINE !!
                                ada gaya juga nie
                                        peace yooww

Wednesday, 2 May 2012

superb DIP1B ^.^

                           : adik dengan kak teh
                            : harry wanie naim feeqa
                            : cik hanna naim
                           : feeqa cik hanna
                              : farah cik hanna
                              : balqish + kechiq :D

korang TERBAIK ! ada lagi DIP1B tak ada . yang ni je ada , jadi member sekelas yang terbaik selamanya taw , buang yang keruh ambil yang jernih . ada masalah bincang jangan senyap je oke :) mmuaahhh2 :-*

DIP1B

                                           alololololo :D
budak2 DIP1B yang happy (ke?) hehe . korang the best sebenarnye , pakat2 sesama kawan tu amat memerlukan ye :) tak moh gadoh2 , jangan buat perangai ye ^^

Thursday, 26 April 2012

KAMI GENG TALAM POLIMAS !

GENG TALAM

Assalamualaikum kasih . Kami lahh geng talam ! Memandangkan aku dah start belajar dekat POLIMAS boleh tahan juga lahh ramai kawan , best2 juga kawan . haa gambar atas tu masa pergi kem RAPI , haha oke . apa itu RAPI ? RAPI tu RAKAN PUSAT ISLAM , budak polimas mana suka RAPI , angkat tangan !! HAHA , suka memaksa , aku pon terpaksa buat . Buat apa ? Pakai tudung labuh , haha , nampak tu tudung labuh , bagus sebenarnya , untuk membentuk sahsiah diri yang dah tak ada rupa manusia nie . mulut lapang2 melatah kan , :D HAHA , aku tau dahh . makan dalam talam , soo sweett !! makan 6orang 1talam . sape habis kan ? aku lahh perut tong tukang makan :D

Saturday, 24 September 2011

open house yang tak putus-putus :)

memandangkan dah nak habis raya nie , makin ramai yang buat open house . macam biasa jemput kenalan , sedara masing-masing merapatkan hubungan sesama sedara lah katakan . itu yang dituntut dalam islam sebenarnya kan :) ahad 24september : open house aunt ILA dekat putrajaya P8 , fuhh ! penat-penat ! HAHA , si suami aunt ILA panggil aku orang gaji wey ! kurang sopan betul , haha tak kisah la kan , tak masuk ke hati pon . rasa nak bagi penampor er , nasib la uncle den . anak aunt ILA , farish dah pandai panggil aku kak ngah  . wahh ! bangga nie , budak kecik ingat kat kita . jangan besar2 kau lupa kak ngah sudah la ye farish :) cepat-cepat membesar 'yee' (ayat ucu) , mesti kacak kan farish besar nanti :) jaga makan jangan bagi gemuk :D HAHA . lagi satu belajar pandai-pandai yee . adios :) !
farish yang banyak keletah nya :)

Friday, 23 September 2011

efFeeFaa

pelik kan apa tu EFFEEFAA ? tu lah nama gabungan tiga beradik perempuan , AKHIRNYA berjaya di transform kan , unik nama tuh kan ? berbelit lidah nak mnyebutnya . siapa yang lawa ? haa sama2 lawa kot (cehh ! merendah diri pulak nie) kita orang beradik sangat menyeronokkn , sama2 share masalah . suka share pasal BF masing2 , haa kemain lagi kan . 3beradik ada BF , bohong la ta ada BF kan . semua ada , tu yang jadi mcm2 cerita dok kongsi . tambah2 lagi aku , hehe suka cerita pasal BF aku , nak dengar ke ta ? lantak la , jnji aku cter syok sendri :D HAHA jom2 tengok EFFEEFAA :) :)effeefaa (mendes+zufeeqa+shj :)

beraya sakan

Assalamualaikum sebagai pembuka kata kali ini :) haa dah lama tak mengupdate blog kan , jadi nak kongsi pengalaman raya 2011 (tu pon kalau ada lah kan) raya yang not bad :P best lah juga kan , dapat beraya dgn abang aku , best kalo dia ada . tak ada la bosan sangat kan . raya dekat kampung biasa2 aje , makcik-makcik YANG MENYERONOKKAN  (huhh ! tangan di dada mata ke atas) kampung aku dekat seri medan johor , hmpp ! agak tak berapa popular tempat tu . biasa la kwasan kampung kan . jom intai gambar raya :) !
                                                                                                      haa tu abang aku , sister :) 5beradik :)yang kecik tu farish :)

Tuesday, 9 August 2011

demam k-pop :)

style korea sekarang nie , mcm da jadi trend rakyat malaysia nie . huh ! tak dinafikan style korea nie memang best , tambah2 lagi peminat perempuan di malaysia nie . salah seorangnya aku :)
          





lee gikwang (BEAST) :)








F(X) amber , sulli , krystal , victoria , luna :)











LEE MIN HO :)

ramai lagi artis korea yang popular sekarang nie :) sbenarnya tak salah nak minat artis luar tp jangan lupa juga sokong artis malaysia yang sangat terselah bakat mereka <3

Monday, 8 August 2011

kisah ular !

7 Ogos 2011 : Kejadian nie terjadi dekat tempat pusat latihan memandu **** tettt (nama syarikat harus la dirahsiakan) azan sedang berkumandang , maka masuk lah waktu solat zohor bagi kawasan yg sama waktu dengannya :) memandangkan aku baru rehat lepas selesai driving test , aku pon dgn langkah kanan nak pergi ke surau , tengah menuju ke surau perempuan , rmai org dok depan surau , tmbah2 lelaki , hati dok fikir 'hishh budak2 nie , tak ada tmpt nak melepak ke? dpn surau jugax jd santapan tempat melepak , apa nak jadi la' haa sekali ada pulak cikgu tempat memandu tu dok sibuk2 apa la yg tgh bwt tu ? sangat la tertanya2 , dengan beraninya aku tnya budak prempuan tu 'ada apa nie?'  ladies tu jwb 'ada ular, sy nmpx td' huhh ! seram sjuk nak msuk surau tu . haa ular tu bole dok dlm almari telekung ? haa semua dok angkat almari tu , da comform ada , aku pon org pertama la yg solat , memandangkan cikgu aku bagi rehat utk solat , so aku ta melengahkan masa lagi , tak sbr nak memandu kreta punya pasal an , makin ramai yang masuk utk menunaikan seruan ILAHI , sujud , tahiyat akhir , salam kanan , salam kiri , masa nak salam kiri tu kedengaran suara some ladies menjerit ' ULAR !!!!! ' haaa ??? ular ? apa lagi aku lari la dengan telekung tu sekali , tak kan nak baring2 ngn ular kat situ an , fuuhh ! dupp dapp jantung den , haihh ! ular , kenapa la tempat surau perempuan yang suci tu juga jadi tempat istirehat kau yee :) haa kan da mati kene pukul pakai batang penyapu . sian kau ular , heee geli bila dikenang2kan kau :P

Wednesday, 3 August 2011

adik beradik disayangi

nurul effah (ALONG)

nurul zufeeqa (ANGAH)

nurul afifah (ALANG)

ahmad hafizuddin (ACIK)

ahmad haziq (ADIK)

adik beradik yang akan berkongsi susah mahupuns senang , kalau bergaduh tu biasa la kan , bak kata pepatah air yang dicincang takkan putus .

Tuesday, 21 June 2011

sahabat selamanya

azira :)
seorang sahabat yg ''the best bro'' :) dah berapa bulan kau ada kt PLKN gambang . seronok betul kau ye . kau tau tak ? kau ta ad an , aku ta tau na msj n luahkn perasaan dkt spe . sdih sgt :'( untung la ada blog dan fb dpt gak lepas persaan ke an . rndu gila kt kau , ehhh~ rndu sgt2 la pada gadis gorgeous sorg nie . see ! mkin gelap kau ye skg :D hahaha ta ap la , kau ttetap cun jgax ye dak ? hee tersenyum lebar je aku tgk gmbr kau nie la . tak apa la , kau pon da nak balik . balik dari PLKN nnt jgn lupa baca blog aku nie aw :D hehe , aku nak msj kau pon tak dpt , warden kt sana ambil fon , so hari trbaik utk kita msj sabtu ahad je la ye . tp aku nak mintak maaf la kt kau , bila kau msj aku je aku lax tak bole nak msj kau . bila aku msj balik kau lax tak bls . haa wlaupn aku dok uma jer kje mkn tdow aku tetap busy .hahaah :D aku pon tak tau apa yg aku busy . tp pape pon aku tetap snyi la bila kau ta ad , untung ada khai ngn nazrin , dyorg je la aku selalu cntct sgt , yg lain biasa2 je bro~ :( sedih kot .
 nazrin :)
azira ! haa nie la mmber kita sorang nie selau jd pndgr setia aku . sweet dak nie . haha :D untung la kau nazrin siapa couple ngn kau . penyayang jugak rupanye dak nie . aku akn igt kau la nazrin smpai bila2 . the best friend aku dunia akhirat ;) wink wink~
khas utk semua sahabat :)